Tarikh : 18.5.2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 9 orang

Tujuan

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan dan perlindungan di internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul serta berkongsi secara berlebihan lebih-lebih lagi maklumat dan data peribadi, ia boleh mengancam keselamatan pengguna. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan internet secara positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran internet yang selamat dan memberikan manfaat kepada orang ramai.

Aktiviti :

1. Taklimat berkenaan berkongsi secara berlebihan di media sosial oleh petugas.

2. Peserta menonton video yang disediakan oleh petugas berkaitan kesan berkongsi secara berlebihan.

3. Peserta menjawab kuiz yang diberikan.

4. Bersurai.

Gambar di sini