Tarikh : 20.9.2024
Masa : 2.30 petang - 6.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 20 orang

Tujuan :

Tujuannya adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM melalui aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan dan juga memberikan pendidikan yang berasaskan pengalaman praktikal, yang dapat memperkukuhkan konsep-konsep STEM yang dipelajari di bilik darjah.

Aktiviti : 

1. Pendaftaran peserta dan ahli baru NADI.

2. Peserta membawa bahan untuk membuat kereta kincir dengan menggunakan bahan terpakai.

3. Taklimat tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian.

4. Penerangan ringkas tentang pertandingan STEM yang akan diadakan dan tutorial membuat kereta kincir.

5. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan secara berpasangan dan mula untuk membuat kereta kincir.

6. Peserta diberikan masa untuk menghias kereta kincir mereka.

7. Sesi menguji kelajuan kereta kincir.

8. Sesi penyampaian hadiah.

9. Bersurai.

Gambar di sini