Gerai ais kacang ini diusahakan oleh Encik Shuadi setelah pencen sebagai kakitangan KTM. Beliau menetap di Kampung Batu Besar, Sik, Kedah. Beliau meniaga di beberapa tempat pasar pagi serta pasar malam sekitar kawasan Baling dan Sik. Selain ais kacang, terdapat juga makanan lain seperti cendol dan kerepek yang menjadi produk perniagaannya. Encik Shuadi sedia menerima tempahan untuk majlis seperti perkahwinan, doa selamat, akikah, sambutan hari lahir, pertunangan, cukur jambul dan lain-lain.

Warung MakNdak Bihun Sup diusahakan oleh Puan Zanariah Binti Abdullah sejak 21 tahun yang lalu yang merupakan seusia anak sulungnya, dan kini warung beliau sudah tidak asing bagi penduduk  Parit Panjang mahupun kawasan sekitar. Warung yang terletak di tepi Jalan Lanai, Parit Panjang semakin terkenal dengan keenakkan makanannya. Selain bihun sup terdapat juga laksa, kotiaw sup, mee sup serta minuman panas dan sejuk. Tetapi apa yang membuatkan bihun sup buatannya terkenal adalah harga yang murah iaitu RM3 untuk sebungkus makanan serta resepi sambal merahnya yang sedap.

Cendol Santan Kelapa Sawit ini diusahakan oleh Rohana binti Eusoff. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Lokasinya terletak di Kg Tembak B. Jarak di antara Kedai Cendol Santan Kelapa Sawit dengan PEDi Taman Cengal Emas ialah 7.9 km bersamaan dengan 8 minit perjalanan jika meniaki kereta. 

Keenakkan cendolnya amat digemari oleh penduduk sekitar di mana ia menggunakan santan kelapa sawit. Selain cendol santan kelapa sawit, terdapat juga menu lain. Antaranya ialah laksa, bihun sup dan sebagainya. 

"Donut Ketagih" ini diusahakan oleh Encik Asrul. Beliau merupakan anak jati Parit Panjang. Lokasinya terletak di bulatan Parit Panjang. Jarak di antara Kedai Donut Ketagih dengan PEDi Taman Cengal Emas ialah 150 meter bersamaan dengan 2 minit perjalanan jika berjalan kaki. 

Keenakkan donatnya amat digemari oleh penduduk sekitar kerana kelembutan donatnya yang amat gebu serta pelbagai pilihan donat. Antaranya, donat gula, donat susu dan donat coklat. Bukan begitu sahaja, Donut Ketagih juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang menarik seperti oreo, kacang, koko rice, strawberry, cappucino, whitechoc dan tiramisu.