Gerai ais kacang ini diusahakan oleh Encik Shuadi setelah pencen sebagai kakitangan KTM. Beliau menetap di Kampung Batu Besar, Sik, Kedah. Beliau meniaga di beberapa tempat pasar pagi serta pasar malam sekitar kawasan Baling dan Sik. Selain ais kacang, terdapat juga makanan lain seperti cendol dan kerepek yang menjadi produk perniagaannya. Encik Shuadi sedia menerima tempahan untuk majlis seperti perkahwinan, doa selamat, akikah, sambutan hari lahir, pertunangan, cukur jambul dan lain-lain.