SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL TAMAN CENGAL EMAS (NADI)

NADI Taman Cengal Emas merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Taman Cengal Emas menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Taman Cengal Emas telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2021. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Taman Cengal Emas bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI TAHUN 2022

91

 KESELURUHAN AHLI PADA JUN 2024 274
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI Taman Cengal Emas, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI Taman Cengal Emas. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:

 
PENGURUS
 
  
 
Nama : Nurul Husna Binti Haji Hamid
Mula berkhidmat : 28 Ogos 2016 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
 
Nama : Siti Nor'Ain Suhaila Binti Norani
Mula berkhidmat : 15 November 2021