Tarikh : 4.8.2023
Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang
Lokasi : FELDA Teloi Timur, Sik
Peserta : Terbuka

Tujuan:

Tujuannya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PEDi dikalangan warga Felda seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dengan komuniti Felda.

Aktiviti Booth Klik Dengan Bijak bersama pihak MCMC Kedah :

1.Teka jumlah logo KDB dan PEDi.

2. Kuiz roda impian KDB.

3. Jigsaw puzzle.

4. Mewarna online.

5. Taklimat KDB.

Karnival ini dirasmikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang memberi ucapan dan sekaligus merasmikan karnival pada sebelah petang. Bukan itu sahaja, Pengerusi FELDA Yang Berbahagia Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek juga berkesempatan melawat booth agensi terlibat dengan Karnival Segalanya FELDA 2023 termasuk booth dari MCMC Kedah. Apa yang lebih menarik terdapat juga pertandingan membuat bubur asyura antara blok FELDA Teloi Timur. Tidak dilupakan, pelbagai pameran agensi, jualan usahawan dan jualan rahmah turut dijalankan.

Gambar di sini