Tarikh : 24.8.2023
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : SMK Kuala Ketil
Peserta : 16 orang

Tujuan:

  1. Mengasah cara berfikir pelajar dengan lebih kreatif dan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan peserta terhadap Sains,Teknologi, Art dan Matematik.

Aktiviti: 

SESI 1 :  STEM IOT - TANGAN ROBOTIK MENGGUNAKAN STRAW 

1. Peserta diberikan bahan dan alatan untuk mencipta tangan robotik.

2. Petugas menyiarkan video cara membuat tangan robotik.

3. Peserta membuat tangan robotik berdasarkan langkah-langkah yang dipertontonkan.

4. Perserta berjaya menghasilkan tangan robotik menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

SESI 2 : ROKET KERTAS

1. Petugas menyediakan bahan-bahan untuk membuat roket kertas.

2. Peserta menonton cara penyediaan roket kertas didalam channel YouTube.

3. Peserta membuat roket kertas mengikut langkah-langkah yang ditonton.

4. Peserta berjaya menghasilkan roket kertas dan roket berfungsi dengan baik.

SESI 3 : MEMBINA JAMBATAN MENGGUNAKAN STRAW

1. Bahan dan alatan disediakan oleh petugas.

2. Peserta mereka cipta sendiri jambatan menggunakan straw yang diberi.

3. Peserta perlu menghasilkan jambatan straw yang kukuh untuk diuji oleh petugas.

4. Peserta berjaya menghasilkan jambatan yang kukuh di mana jambatan tidak runtuh apabila diletakkan beban.

Gambar di sini