Tarikh : 5.4.2024
Masa : 5.00 petang - 8.30 malam
Lokasi : Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim/Miskin Ummu Sabariah
Peserta : 51 orang

Tujuan:

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan dan perlindungan di internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul serta berkongsi secara berlebihan lebih-lebih lagi maklumat dan data peribadi, ia boleh mengancam keselamatan pengguna. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan internet secara positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran internet yang selamat dan memberikan manfaat kepada orang ramai.

Aktiviti: 

1. Taklimat Klik Dengan Bijak daripada wakil MCMC Kedah.

2. Sesi soal jawab.

3. Persembahan Qasidah daripada anak-anak yatim Ummu Sabariah.

4. Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib.

5. Bersurai.

Gambar di sini