Tarikh : 21.8.2024
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Kampung Lanai, Parit Panjang
Peserta : Penduduk Kampung Lanai (Terbuka)

Tujuan:

Aktiviti gotong-royong ini dilakukan adalah untuk membersihkan kawasan Kampung Lanai bersama-sama sebagai persediaan untuk menyambut hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba. Selain itu, dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara NADI dan penduduk setempat.

Aktiviti:

1. Komuniti mula berkumpul dan membawa peralatan.

2. Komuniti dibahagikan kepada beberapa kumpulan kawasan dan tugasan (Pembersihan & Dekorasi).

3. Komuniti mula bergerak ke kawasan masing-masing dan memulakan tugasan masing-masing.

4. Sampah-sarap dikumpulkan pada suatu tempat yang sama bagi memudahkan proses pembuangan.

5. Aktiviti gotong-royong pembersihan dan dekorasi selesai.

6. Sesi bergambar.

7. Bersurai.

Gambar di sini