Tarikh : 11.2.2023
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan penulisan surat rasmi dengan penggunaan format yang tepat. Selain itu, petugas juga sempat mengajar pelajar cara membuat kad ucapan dengan menggunakan WORD.

Aktiviti:

1. Pengenalan mengenai komputer.

2. Taklimat ringkas serta cara penggunaan Microsoft Word.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar.

4. Petugas memberikan latihan menaip surat rasmi dan kad ucapan.

5. Memberi bimbingan kepada pelajar menyiapkan latihan.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 10.2.2023
Masa : 9.00 petang - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan : 

Pelajar dapat belajar cara Copy dan Paste gambar dari Google ke Word dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, CTRL + C untuk COPY gambar dan CTRL + V untuk PASTE gambar.

Aktiviti :

1. Pengenalan berkaitan ICT.

2. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara copy paste gambar dari Google masukkan ke dalam Word.

4. Petugas memberikan latihan copy paste gambar yang disenaraikan.

5. Memberi bimbingan kepada pelajar untuk menyiapkan latihan.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 4.2.2023
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Sesi ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah menengah mendapatkan lebih keyakinan diri semasa berucap di hadapan orang ramai dan mengetahui cara memberi ucapan. Selain itu juga, ia dapat membantu para pelajar jika mereka berminat untuk memulakan perniagaan mereka kelak.

Aktiviti:

1. Taklimat berkaitan keyakinan diri dan cara pembawakan semasa membuat pembentangan.

2. Pembentangan dilakukan oleh para pelatih.

3. Petugas memberikan maklum balas berkaitan slide dan cara pembentangan dilakukan.

4. Sesi soal jawab.

5. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 9.2.2023
Masa : 1.00 petang - 2.00 petang
Peserta : 13 orang

Tujuan:

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menjelaskan dengan lanjut tentang program yang akan dilakukan pada tahun ini serta bajet untuk melaksanakan aktiviti kluster.

Aktiviti:

1. Perbincangan tentang program kluster untuk sepanjang tahun.

2. Pembentangan bajet untuk melaksanakan aktiviti kluster.

3. Perbincangan untuk memberi taklimat KDB di sekolah-sekolah sekitar kluster Baling.

4. Sesi soal jawab.

5. Jamuan tengahari.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 3.2.2023
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah cara menggunakan Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA sebagai medium pembentangan di dalam kelas serta persiapan awal sebelum menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS.

1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA.

2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Point dan aplikasi CANVA oleh petugas.

3. Latihan diberikan kepada pelajar di mana pelajar perlu membuat slide pembentangan mengenai perniagaan mereka.

4. Petugas membantu semasa pelajar membuat latihan.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini