Tarikh : 7.12.2023 - 10.12.2023
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 5 orang

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk mengenal dan belajar menggunakan komputer serta mahir menggunakan Microsoft Office Word yang mempunyai pelbagai fungsi.

Aktiviti: 

SESI 1 : RESUME (7/12/2023)

1. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume mengikut format yang ditetapkan.

3. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

4. Peserta membuat resume.

SESI 2 : RESUME (8/12/2023)

1. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume mengikut format yang ditetapkan.

3. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

4. Peserta membuat resume.

SESI 3 : MEREKA CIPTA POSTER (9/12/2023)

1. Peserta diberikan tugasan untuk mereka cipta poster bertemakan "Happy New Year 2024" mengikut kreativiti masing-masing.

SESI 4 : MEREKA CIPTA POSTER (10/12/2023)

1. Peserta diberikan tugasan untuk mereka cipta poster bertemakan "Happy New Year 2024" mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar di sini

Tarikh : 6.12.2023
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : SK Syed Sheh

Tujuan:

Memperkenalkan kefungsian PEDi kepada komuniti setempat di samping menerapkan kesedaran tentang keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai pengguna di media sosial. Selain itu objektif pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi berliterasikan STEM yang berupaya menyelesaikan secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.

Aktiviti:

1. STEM Challenge (Jengga)

2. STEM Challenge (Cups Stacking)

3. STEM Challenge (Puzzle STEM)

4. Musang Berjanggut

5. Dam Ular

6. Roda Impian (Klik dengan Bijak)

7. Word Search Puzzle

Gambar di sini

Tarikh : 3.12.2023
Masa : 2.00 petang - 2.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Membantu pelajar pondok untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memudahkan urusan pembelajaran dan seharian.

Aktiviti:

1. Komuniti memberikan maklumat yang diperlukan kepada petugas.

2. Petugas membuat permohonan zakat bagi pelajar pondok.

3. Bersoal jawab antara petugas dan komuniti.

4. Berjaya membuat permohonan.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 4.12.2023 - 5.12.2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Encik Sahidin merupakan seorang pesara guru yang sekarang berumur 81 tahun dan menetap di Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli PEDi kerana ingin mempelajari semula cara penggunaan komputer yang telah lama ditinggalnya sejak zaman mengajar 30 tahun lalu. Selain itu, Encik Sahidin dapat mempelajari cara asas penggunaan komputer serta cara untuk melayari laman web yang ingin beliau layari. Walaupun telah berusia 81 tahun tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu sangat tinggi dan tidak dapat dinafikan.

Aktiviti: 

SESI 1 : ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER DAN CARA MENGGUNAKAN APLIKASI YOUTUBE DI KOMPUTER (4/12/2023)

1. Pengenalan berkaitan ICT.

2. Taklimat ringkas berkenaan ICT.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada komuniti.

4. Komuniti menggunakan komputer.

SESI 2 : LATIHAN MENAIP (5/12/2023)

1. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL dan tetikus.

2. Peserta diberikan latihan menaip.

Gambar di sini

Tarikh : 2.12.2023
Masa : 3.00 petang - 3.45 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan

Memudahkan usahawan baru untuk mendaftar EZbiz secara atas talian seterusnya mendaftar lesen niaga. Selain itu juga, komuniti setempat dapat mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi kepada orang ramai.

Aktiviti : 

1. Memastikan komuniti membawa dokumen yang diperlukan.

2. Petugas membuat permohonan secara atas talian bagi pihak komuniti.

3. Petugas mengisi tarikh temujanji kepada komuniti di mana pihak SSM akan menghubungi secara VC untuk pengecaman identiti pemohon.

4. Petugas memberikan salinan permohonan di mana petugas mencetak sebagai simpanan rujukan.

5. Bersurai.

Gambar di sini