Jarak Klinik Kesihatan Parit Panjang dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cengal Emas ialah 350meter sahaja. Pelbagai kemudahan disediakan untuk kemudahan komuniti setempat di mana komuniti mudah mendapatkan rawatan segera. Akan tetapi, jika terdapat kes yang berat, pihak Klinik Kesihatan Parit Panjang akan merujuk kes tersebut ke hospital yang berhampiran. 

Selain itu juga, terdapat farmasi sekitar Parit Panjang bagi kemudahan untuk komuniti setempat mendapatkan ubat-ubatan segera. 

Butiran Klinik Kesihatan Parit Panjang seperti di bawah:

Alamat      : Klinik Kesihatan Parit Panjang, 09120, Baling, Kedah Darul Aman.

No Telefon : 04-4761246