DONUT KETAGIH

Dikatakan donat telah wujud sejak zaman pra sejarah iaitu sekitar abad ke 18. Donat dipercayai berasal dari Belanda dan dikenali dengan nama "olykoeks" yang bermaksud "kek berminyak" sebelum dibawa oleh pendatang-pendatang Belanda ke Manhattan Amerika Syarikat.

Ilham membuat donat dicetuskan oleh kapten kapal bernama Crockett Gregory dan ibunya Elizebeth Gregory dengan tujuan untuk bekalan semasa pelayaran. Pada asalnya tiada lubang ditengahnya tetapi untuk dinikmati semasa mengemudi kapal, ianya diubahsuai supaya mudah dipegang oleh pengemudi kapal.

Berbeza dengan "Donut Ketagih" pula, disebabkan Parit Panjang merupakan kawasan luar bandar, maka jarang untuk penduduk setempat menemui donat yang mempunyai pelbagai variasi serta perisa baru. Selalunya penduduk setempat hanya menemui donat gula sahaja. Oleh itu, Encik Asrul mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaannya sejak tahun 2017 dan memperkenalkan pelbagai variasi, perisa dan topping untuk "Donut Ketagih".

Antaranya, donat gula, donat susu dan donat coklat. Terdapat beberapa topping yang menjadi pilihan pelanggan iaitu oreo, kacang, koko rice, strawberry, cappucino, whitechoc dan tiramisu.

Untuk mendapatkan "Donut Ketagih", sila klik link dibawah :

facebook pages : https://www.facebook.com/profile.php?id=100089759095406