CELIK IT NURUL SUBHIYAH BINTI AZHAR

 

Nama : Nurul Subhiyah Binti Azhar
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nurul Subhiyah berusia 15 tahun dan masih lagi bersekolah di SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Subhiyah tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nurul Subhiyah untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik menggunakan aplikasi CANVA.