CELIK IT NURUL IMAN IZZATI BINTI IKHMALHISAM

 

Nama : Nurul Iman Izzati Binti Ikhmalhisam
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nurul Iman Izzati berusia 15 tahun merupakan pelajar SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA sebagai persediaan untuk melajutkan pelajaran ke IPTA/IPTS selepas tamat persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Iman Izzati tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan tidak tahu teknik untuk memberi ucapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nurul Iman Izzati untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan aplikasi CANVA. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat dengan baik dan profesional.