CELIK IT NUR DAMIA BINTI MOHAMMED SAID

 

Nama : Nur Damia Binti Mohammed Said
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nur Damia berusia 15 tahun merupakan seorang pelajar sekolah menengah SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mendalami ilmu asas penggunaan komputer sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS selepas tamat persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Damia tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan tidak tahu teknik untuk memberi ucapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nur Damia untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan aplikasi CANVA. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat dengan baik dan profesional.