CELIK IT MUHAMMAD ADAM ZAYYADI BIN IBRAHIM

Nama : Muhammad Adam Zayyadi Bin Ibrahim
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Adam berusia 11 tahun merupakan seorang murid sekolah rendah dan bersekolah di SK Lanai. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mempelajari ilmu asas komputer bersama rakan-rakannya yang lain. Adam mula mengenali PEDi melalui ibunya yang merupakan pelanggan tetap PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan penggunaan komputer lebih-lebih lagi komponen Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setiap kali mula memasuki kelas, Adam sudah tahu cara untuk menghidupkan PC dan memasukkan user ID beliau tanpa bimbingan petugas. Beliau dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik. Di samping itu, Adam juga turut membantu rakan-rakannya yang lain jika mereka memerlukan bantuan berkaitan tugas yang diberikan. Akhir sekali, Adam dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin serta terdapat banyak peningkatan positif dalam dirinya.