CELIK IT MUHAMMAD ILHAM NAUFAL BIN ZAMRI

Nama : Muhammad Ilham Naufal Bin Zamri
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Ilham telah didaftarkan oleh ibunya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama ibunya mendaftarkan Ilham adalah untuk memastikan Ilham tidak terlepas untuk mempelajari kelas ICT dengan lebih mendalam. Ilham telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan memerlukan bantuan petugas sepenuhnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna serta membantu rakannya menyiapkan tugasan.