CELIK IT SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHAMMAD

Nama : Siti NurSyahirah Binti Mohammad
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Syahirah telah didaftarkan oleh ibunya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Beliau merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Tujuan utama ibunya mendaftarkan beliau sebagai ahli adalah sebagai persediaan sebelum beliau melanjutkan pelajarannya di IPTA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga semakin banyak berbicara dan mula ramah dengan petugas dan rakan-rakan kelasnya yang lain. Beliau juga sangat yakin ketika membentangkan slide yang telah dibuat olehnya. Beliau telah mendaftar kelas advance bersama NADI Taman Cengal Emas untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang penggunaan komputer.