CELIK IT MUHAMMAD ASLAM THAQIF

Nama : Muhammad Aslam Thaqif
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Aslam telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah sebagai persediaan sebelum beliau melanjutkan pelajarannya di IPTA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau merupakan seorang yang fokus dan cepat belajar walaupun baru mempelajarinya.