"Donut Ketagih" ini diusahakan oleh Encik Asrul yang merupakan anak jati Parit Panjang. Beliau memulakan perniagaannya sejak tahun 2017 sehingga kini. Sejak dari itu bermacam variasi dan perisa donat yang diperkenalkan olehnya. Antaranya, donat gula, donat susu dan donat coklat. Terdapat beberapa topping yang menjadi pilihan pelanggan iaitu oreo, kacang, koko rice, strawberry, cappucino, whitechoc dan tiramisu.