Warung MakNdak Bihun Sup diusahakan oleh Puan Zanariah Binti Abdullah sejak 21 tahun yang lalu yang merupakan seusia anak sulungnya, dan kini warung beliau sudah tidak asing bagi penduduk  Parit Panjang mahupun kawasan sekitar. Warung yang terletak di tepi Jalan Lanai, Parit Panjang semakin terkenal dengan keenakkan makanannya. Selain bihun sup terdapat juga laksa, kotiaw sup, mee sup serta minuman panas dan sejuk. Tetapi apa yang membuatkan bihun sup buatannya terkenal adalah harga yang murah iaitu RM3 untuk sebungkus makanan serta resepi sambal merahnya yang sedap.