Tarikh : 9.9.2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 10 orang

Tujuan

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang pemilihan rakan di internet dengan bijak dan hanya memilih mereka yang dikenali sahaja.

Aktiviti :

1. Taklimat berkenaan identiti orang sebenar di internet.

2. Peserta menonton video yang disediakan oleh petugas berkaitan "Tahukah anda identiti orang sebenar di internet?".

3. Peserta menjawab kuiz yang diberikan.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 8.9.2023
Masa : 9.30 pagi- 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan : 

Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia tentang kepentingan dan cara untuk menghasilkan resume mereka sendiri selepas tamat persekolahan. Mereka juga dapat belajar format resume yang lebih kemas, teliti dan menarik dengan menggunakan aplikasi CANVA. Lantaran itu, pelbagai templates menarik terdapat dalam aplikasi CANVA disamping membuat design mereka sendiri.

Aktiviti :

1. Pengenalan berkaitan aplikasi CANVA dan cara penggunaan.

2. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

4. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

5. Peserta membuat resume.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 7.9.2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas - GOOGLE MEET
Peserta : 44 orang

Tujuan:

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada di NADI. Selain itu, petugas juga dapat berkongsi idea dan berbincang tentang isu-isu berbangkit di NADI.

Aktiviti:

1. Taklimat dan kata-kata aluan daripada DRM wilayah utara En Sahril.

2. Penerangan tentang KPI yang telah ditetapkan.

3. Sesi perbincangan idea dan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada di NADI.

4. Peringatan berkaitan etika kerja.

5. Perbincangan tentang isu-isu berbangkit serta penyelesaian.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 8.9.2023
Masa : 9.00 pagi - 9.30 pagi
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan:

Untuk menguji kemahiran menaip mengikut tahap dan masa yang ditetapkan.

Aktiviti:

1. Petugas memberi penerangan tentang typing test yang perlu dilakukan oleh peserta.

2. Peserta melakukan typing test.

3. Peserta dapat melihat markah, kesalahan dan masa untuk peserta menaip.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 6.9.2023
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : SMK Parit Panjang - Bukit Endoi
Peserta : 800 orang

Tujuan:

  1. Pertandingan lari peringkat antarabangsa serta untuk meningkatkan markah PAJSK para pelajar.

Aktiviti: 

1. Taklimat penggunaan aplikasi Map Runner.

2. Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh pelajar tingkatan 4.

3. Larian Eco Fun Run sepanjang 6 kilometer bermula dari SMK Parit Panjang dan memasuki kawasan Bukit Endoi.

4. Selepas tamat larian pelajar perlu mengambil gambar Map Runner dan tunjukkan kepada guru.

5. Bersurai.

Gambar di sini