Tarikh | : 6.10.2023 - 7.10.2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada komuniti untuk mengenal dan belajar menggunakan komputer serta mahir menggunakan Microsoft Office Word yang mempunyai pelbagai fungsi.
Aktiviti:
SESI 1 : LATIHAN MENAIP (6/10/2023)
1. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL dan tetikus.
2. Peserta diberikan latihan menaip.
SESI 2 : LATIHAN MENAIP (7/10/2023)
1. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL dan tetikus.
2. Peserta diberikan latihan menaip.
Tarikh | : 5.10.2023 |
Masa | : 11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : SMK Jerai |
Peserta | : Pelajar SMK Jerai |
Tujuan:
-
Mengasah cara berfikir pelajar dengan lebih kreatif dan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan peserta terhadap Sains,Teknologi, Art dan Matematik.
Aktiviti:
1. Peserta diberikan bahan dan alatan untuk mencipta tangan robotik.
2. Petugas menyiarkan video cara membuat tangan robotik.
3. Peserta membuat tangan robotik berdasarkan langkah-langkah yang dipertontonkan.
4. Perserta berjaya menghasilkan tangan robotik menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Tarikh | : 5.10.2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : SMK Jerai |
Peserta | : Pelajar SMK Jerai |
Tujuan :
Menggalakkan keterlibatan pelajar dalam bidang perniagaan di samping memperkenalkan STEM kepada pelajar sekolah bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah serta mempromosikan kempen Klik dengan Bijak yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Aktiviti Booth PEDi Kluster Baling :
- Aktiviti STEM IOT
1. Rocket Straw Stem Challenge
2. Lantunan Graviti
3. Lego Stem Challenge
4. Hand Robotic
5. Math Cross Number
- Aktiviti Klik Dengan Bijak
1. Word Search
2. Teka Bilangan Logo KDB
Tarikh | : 5.10.2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : SMK Jerai |
Peserta | : Pelajar SMK Jerai |
Tujuan:
-
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan. Pelajar juga dapat belajar tentang daya lantunan dan graviti.
Aktiviti:
SESI 1 : LANTUNAN KE HATIMU
1. Peserta perlu memasukkan bola ping pong ke dalam cawan plastik yang disediakan dengan menggunakan teknik lantunan.
2. Peserta berjaya memasukkan bola ping pong ke dalam cawan plastik
SESI 2 : ROKET KERTAS
1. Peserta melihat cara membuat roket kertas di YouTube.
2. Peserta diminta untuk menghasilkan roket kertas.
3. Petugas memberi bimbingan kepada peserta.
4. Peserta berjaya menghasilkan roket kertas.
Tarikh | : 4.10.2023 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Advokasi klik dengan bijak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang keburukkan penyalahgunaan internet dan padah menyebarkan maklumat yang palsu ataupun tidak sahih. Selain itu, advokasi KDB ini juga dapat memupuk kesedaran untuk lebih peka dan mendidik peserta untuk menjadi pengguna yang bijak.
Aktiviti :
1. Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai maklumat palsu.
2. Peserta menonton video Klik Dengan Bijak - Maklumat Palsu di YouTube.
3. Peserta berpeluang mengetahui keburukan-keburukan yang diterima apabila menyebarkan maklumat yang palsu.
4. Peserta menjawab kuiz yang diberikan.
5. Bersurai.