Tarikh : 17.6.2022
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran dan kecekapan kepada usahawan baru di dalam menyediakan slide pembentangan perniagaan mereka menggunakan Microsoft Power Point.

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Point.

2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Point oleh petugas.

3. Latihan diberikan kepada pelatih di mana pelatih perlu membuat pembentangan berkenaan perniagaan mereka.

4. Petugas membantu semasa pelatih membuat latihan.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 10.6.2022
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Kelas keusahawanan ini diadakan kerana untuk memberi bimbingan kepada usahawan baru yang ingin berjinak-jinak di dalam pemasaran secara atas talian. Selain itu juga, usahawan dapat mempelajari teknik-teknik yang betul semasa membuat promosi secara atas talian.

Aktiviti:

1. Taklimat ringkas berkenaan kelas asas komputer dan kelas keusahawanan

2. Petugas memberikan latihan di mana usahawan perlu menyiapkan tugasan tersebut

3. Sesi soal jawab

4. Petugas memberikan sedikit taklimat tentang Klik dengan Bijak

5. Bersurai

Gambar di sini

Tarikh : 9.6.2022
Masa : 3.00 petang - 3.45 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Memudahkan usahawan baru untuk mendaftar EZbiz secara atas talian seterusnya mendaftar lesen niaga. Selain itu juga, komuniti setempat dapat mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi kepada orang ramai.

Aktiviti: 

1. Memastikan komuniti membawa dokumen yang diperlukan.

2. Petugas membuat permohonan secara atas talian bagi pihak komuniti.

3. Petugas mengisi tarikh temujanji kepada komuniti di mana pihak SSM akan menghubungi secara VC untuk pengecaman identiti pemohon.

4. Petugas memberikan salinan permohonan di mana petugas mencetak sebagai simpanan rujukan.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 9.6.2022
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Membantu murid sekolah rendah untuk memahami formula bahagi. Selain itu juga, petugas membantu murid tersebut kaedah pengiraan yang ringkas dan tepat. Di samping itu juga, fungsi PEDi bukan sekadar kelas ICT sahaja bahkan boleh membantu pelajar sekolah untuk memahami subjek yang dipelajari.

Aktiviti:

1. Murid menulis sifir.

2. Petugas menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik dengan formula bahagi yang tepat.

3. Murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru secara kendiri.

4. Petugas menyemak jawapan murid dan cara kerja.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 9.6.2022
Masa : 10.00 pagi- 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan : 

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu komuniti membuat resume mereka sendiri dengan menggunakan aplikasi CANVA supaya lebih kemas, teliti dan menarik. Mereka juga boleh menggunakan pelbagai templates yang terdapat dalam aplikasi CANVA disamping membuat design mereka sendiri.

Aktiviti :

1. Pengenalan berkaitan aplikasi CANVA dan cara penggunaan.

2. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

4. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

5. Peserta membuat resume.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini