Tarikh : 5.6.2022
Masa : 2.00 petang - 3.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Memudahkan urusan komuniti untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh secara atas talian tanpa perlu ke pejabat RISDA yang berdekatan. 

Aktiviti:

1. Memastikan komuniti membawa dokumen yang lengkap.

2. Membuat permohonan secara atas talian.

3. Menghubungi pihak RISDA jika terdapat masalah untuk membuat permohonan.

4. Memberikan salinan permohonan kepada komuniti sebagai rujukan.

5. Soal jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 2.6.2022
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Pekan Sik
Peserta : 20 orang

Tujuan:

Seminar ini dianjurkan oleh PKD (Pusat Komuniti Desa) bersama MARA, tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menggalakkan usahawan menggunakan aplikasi TikTok dan WhatsApp dalam memasarkan produk jualan mereka. Di mana pada masa kini, kebanyakkan usahawan memasarkan produk jualan mereka menggunakan media sosial.

Aktiviti:

1. Taklimat ringkas diberikan.

2. Pengenalan tentang aplikasi TikTok dan WhatsApp.

3. Membantu muat turun aplikasi TikTok ke dalam telefon usahawan baru.

4. Membantu usahawan membuat pendaftaran akaun TikTok.

5. Menerangkan cara penggunaan dan fungsi aplikasi TikTok.

6. Usahawan memasarkan produk jualan di aplikasi TikTok.

7. Soal Jawab.

8. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 22.5.2022
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh dua orang guru PASTI yang berminat untuk belajar komputer dengan lebih mendalam bagi memudahkan urusan mereka di sekolah dan untuk memudahkan urusan perniagaan sampingan mereka.

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Point.

2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Point oleh petugas.

3. Petugas memberikan contoh kertas kerja kepada pelatih.

4. Pelatih membuat kertas kerja pelan perniagaan mereka secara kendiri.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

 

 

Tarikh : 2.6.2022
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan:

Membantu komuniti untuk menghasilkan resume yang terbaik dan mengikut format yang telah ditetapkan.

Aktiviti:

1. Komuniti memberikan 'Soft Copy' resume yang telah dibuat.

2. Petugas membetulkan resume dan membuat penambahbaikan.

3. Petugas memberikan 'Tips' menghadiri temuduga.

4. Soal Jawab.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 21.5.2022
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 500 orang

Tujuan:

Sambutan hari raya ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti kariah Parit Panjang.

Aktiviti:

1. AJK masjid menyediakan makanan dan tempat untuk komuniti.

2. Ucapan dari wakil Masjid Omar Zuhdi.

3. Komuniti mula hadir dan memeriahkan lagi jamuan.

4. Sesi beramah mesra bersama komuniti.

5. Sesi bergambar.

6. Gotong-royong membersihkan masjid.

7. Bersurai.

Gambar di sini