LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2022 : PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) - PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN
Tarikh | : 16.4.2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas (ZOOM) |
Peserta | : 180 orang |
Tujuan:
Menerangkan kepada peserta bagaimana untuk berurusan dalam online secara selamat. Di samping itu, peserta di beri penerangan mengenai risiko dalam talian, oversharing, maklumat palsu dan penipuan kewangan. Peserta di tekankan supaya menggunakan kemudahan dan kemajuan ICT secara positif, serta selidik terlebih dahulu maklumat yang di perolehi dan membimbing, mengawasi dan saling mengingati antara satu sama lain.
Aktiviti:
1. Sesi beramah mesra dan memperkenalkan diri bersama panel.
2. Ucapan daripada Dr. Mohd Roslan Rosnon.
3. Sesi pembentangan program daripada panel-panel seterusnya.
4. Sesi soal jawab di Google form.
5. Cabutan bertuah.
6. Sesi bergambar secara online.
7. Bersurai.
Tarikh | : 15.4.2022 |
Masa | : 8.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan :
Tujuan pelajar IPTA ini menggunakan wifi adalah untuk menghadiri sesi perbincangan berkumpulan secara atas talian. Hal ini dapat membantu pelajar tersebut menghadiri perbincangan tanpa sebarang masalah capaian internet.
Aktiviti :
1. Petugas menyediakan tempat dan kemudahan untuk pelajar.
2. Pelajar menghadiri sesi perbincangan secara atas talian.
3. Pelajaran membuat pembentangan idea secara atas talian.
4. Sesi soal jawab dan idea tambahan.
5. Bersurai.
Tarikh | : 13.4.2022 |
Masa | : 3.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan:
Memudahkan urusan guru untuk membuat tuntutan dividen secara atas talian, menjimatkan masa, tenaga dan kos wang ringgit.
Aktiviti:
1. Memastikan guru membawa borang tuntutan dividen serta dokumen yang lengkap.
2. Membuat tuntutan dividen secara atas talian.
3. Memberikan salinan tuntutan dividen kepada guru sebagai rujukan.
4. Membantu guru email borang tuntutan dividen sebagai bukti tuntutan.
5. Bersurai.
Tarikh | : 14.4.2022 |
Masa | : 10.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan:
Memudahkan urusan komuniti membuat pendaftaran tahun 1 untuk anak-anak mereka dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga, dan memberikan keselesaan kepada komuniti apabila menunggu.
Aktiviti:
1. Komuniti memberikan maklumat yang diperlukan kepada petugas.
2. Petugas membuat pendaftaran.
3. Bersoal jawab antara petugas dan komuniti.
4. Berjaya membuat pendaftaran.
5. Bersurai.
Tarikh | : 12.3.2022 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan:
Tujuannya adalah pihak komuniti dapat mempelajari cara asas penggunaan komputer serta cara untuk melayari laman web yang ingin mereka kunjungi. Selain itu, dapat melahirkan komuniti yang celik IT tanpa mengira peringkat umur supaya tidak ketinggalan zaman.
Aktiviti:
1. Pengenalan berkaitan ICT.
2. Taklimat ringkas berkenaan ICT.
3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada komuniti.
4. Komuniti menggunakan komputer.
5. Sesi soal jawab.
6. Bersurai.