Tarikh : 6.7.2024
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengajar para peserta kaedah mudah mereka cipta poster, jadual kelas, menyediakan resume, serta digital motion card dengan menggunakan aplikasi CANVA.

Aktiviti :

SESI 1 :  MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA AWAL MUHARRAM

1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.

2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA serta mereka cipta poster.

3. Latihan mereka cipta poster bertemakan Awal Muharram diberikan kepada peserta.

SESI 2 : MEREKA CIPTA JADUAL

1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.

2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA.

3. Latihan diberikan untuk membuat jadual kelas supaya kelihatan cantik dan kemas.

SESI 3 : RESUME SAYA

1. Taklimat ringkas berkenaan Resume dan Aplikasi CANVA.

2. Memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA serta menulis resume dengan betul.

3. Latihan diberikan kepada peserta.

SESI 4 : DIGITAL MOTION CARD / VIDEO UNDANGAN PERKAHWINAN 

1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.

2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA.

3. Latihan diberikan untuk membuat digital motion card atau video undangan perkahwinan.

Gambar di sini

Tarikh : 4.7.2024 & 5.7.2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Fungsi Microsoft Office Power Point adalah memudahkan pembuatan presentasi dalam bentuk slide yang menarik dengan adanya audio, video, gambar, transisi dan animasi serta template yang memudahkan kita pada masa kini.

Aktiviti: 

SESI 1 : PERNIAGAAN SAYA (4/7/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

SESI 2 : PERNIAGAAN SAYA (5/7/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

Gambar di sini

Tarikh : 28.6.2024
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Siong
Peserta : Komuniti Orang Asli

 

Tujuan : 

Untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak digital Orang Asli dilindungi, termasuk privasi data dan keselamatan dalam talian dari segi keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan data. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan NADI kepada komuniti Orang Asli seperti fungsi dan peranan NADI kepada masyarakat dan komuniti.

Aktiviti :

1. Aktiviti Kemasyarakatan : Gotong Royong (UUM)

2. Merewang

3. Pendidikan Interaktif bersama Kanak - kanak (MCMC)

4. Faedah Penggunaan Telefon Pintar dan Tak Pasti Jangan Kongsi bersama Remaja (UUM - MCMC)

5. Program Homestay untuk Perlancongan (UUM)

6. Program Kreativiti dan Robotik bersama Remaja (MCMC)

7. Program Perkongsian Kepentingan Kebersihan Diri 'Hygiene' bersama Ibu Bapa (LPPKN)

8. Majlis Penutup dan Pengagihan Sumbangan kepada Keluarga Orang Asli

Gambar di sini

Tarikh : 1.7.2024 - 3.7.2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 6 orang

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk mengenal dan belajar menggunakan komputer serta mahir menggunakan Microsoft Office Word yang mempunyai pelbagai fungsi.

Aktiviti: 

SESI 1 : CARA PENGGUNAAN WORD - FOLIO (1/7/2024)

1. Pengenalan berkaitan komputer.

2. Taklimat ringkas serta cara penggunaan Microsoft Word.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

4. Memberi bimbingan kepada peserta menyiapkan folio.

SESI 2 : LATIHAN MENAIP (2/7/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL dan tetikus.

2. Peserta diberikan latihan menaip.

SESI 3 : RESUME (3/7/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume mengikut format yang ditetapkan.

3. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

4. Peserta membuat resume.

Gambar di sini

Tarikh : 23.6.2024
Masa : 12.00 tengahari - 1.30 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas

Tujuan : 

Tujuan Tan Sri Dr Halim, MCMC Kedah dan MSD (Northern) membuat lawatan ke NADI Taman Cengal Emas adalah untuk memantau dan melihat perkembangan yang telah dijalankan sepanjang NADI beroperasi serta untuk mengetahui dengan lebih lanjut perancangan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Aktiviti :

1. Sesi beramah mesra bersama Tan Sri Dr Halim, MCMC Kedah, MSD, Petugas dan Rakan Digital.

2. Petugas membentangkan perancangan aktiviti NADI yang telah dijalankan dan akan dijalankan untuk komuniti setempat.

3. Sesi pembentangan daripada Rakan Digital.

4. Tan Sri Dr Halim, MCMC dan MSD memberi penambahbaikan.

5. Bersurai.

Gambar di sini