Tarikh : 23.6.2024
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 8 orang

Tujuan:

Membantu peserta untuk memahami cara memanfaatkan platform dan alat yang disediakan untuk mempromosikan produk Shopee dengan berkesan, meningkatkan jualan, serta mendapatkan komisen. Ia juga termasuk memahami strategi pemasaran digital, analisis trafik, dan pembangunan hubungan dengan pelanggan untuk mencapai kejayaan dalam program affiliate Shopee.

Aktiviti:

1. Pengenalan apa itu Shopee Affiliate/Ambassadore
2. Pendaftaran Affiliate
3. Penerangan Starter Mission & ganjaran
4. Perbezaan antara konsep Shopee Affiliate dengan TikTok Affiliate
5. Apa itu Commission Extra
6. Penerangan Features di Destop dan Apps
7. Cara share link yang berhemah
8. Live Shopee Affiliate

Gambar di sini

Tarikh : 21.6.2024
Masa : 4.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Memudahkan urusan komuniti membuat pendaftaran tahun 1 untuk anak-anak mereka dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan tenaga, dan memberikan keselesaan kepada komuniti apabila menunggu. 

Aktiviti:

1. Komuniti memberikan maklumat yang diperlukan kepada petugas.

2. Petugas membuat pendaftaran akaun idMe dan sahkan melalui email komuniti.

3. Soal jawab antara petugas dan komuniti.

4. Berjaya membuat pendaftaran.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 12.6.2024 - 19.6.2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 6 orang

Tujuan:

Fungsi Microsoft Office Power Point adalah memudahkan pembuatan presentasi dalam bentuk slide yang menarik dengan adanya audio, video, gambar, transisi dan animasi serta template yang memudahkan kita pada masa kini.

Aktiviti: 

SESI 1 : BIODATA SAYA (12/6/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

3. Petugas memberikan latihan untuk membuat slide biodata peserta.

SESI 2 :PERNIAGAAN SAYA (13/6/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

SESI 3 : PEMBENTANGAN PERNIAGAAN SAYA (14/6/2024)

1. Petugas memberikan taklimat serta tips untuk berucap di khalayak ramai.

2. Peserta membentangkan slide perniagaan mereka yang telah dibuat menggunakan projektor.

SESI 4 : MEREKA CIPTA POSTER (15/6/2024)

 1. Peserta diberikan tugasan untuk mereka cipta poster bertemakan "Dunia Digital" mengikut kreativiti masing-masing.

SESI 5 : BIODATA SAYA (16/6/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

3. Petugas memberikan latihan untuk membuat slide biodata peserta.

SESI 6 :PERNIAGAAN SAYA (19/6/2024)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

Gambar di sini

Tarikh : 20.6.2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

  1. Membantu peserta untuk mereka cipta watak animasi, cerita dan sebagainya mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan aplikasi SCRATCH di internet.

Aktiviti: 

1. Petugas memberi taklimat ringkas tentang STEM IoT.

2. Petugas meminta peserta untuk membuka laman sesawang aplikasi SCRATCH.

3. Petugas memberi bimbingan tentang cara untuk menggunakan aplikasi SCRATCH.

4. Perserta menggunakan aplikasi SCRATCH untuk mereka cipta watak animasi serta cerita mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

5. Peserta berjaya menghasilkan cerita menggunakan SCRATCH.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 11.6.2024
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk mengenal dan belajar menggunakan komputer serta mahir menggunakan Microsoft Office Word yang mempunyai pelbagai fungsi.

Aktiviti: 

SESI 1 : SURAT RASMI 

1. Pengenalan berkaitan komputer.

2. Taklimat ringkas serta cara penggunaan Microsoft Word.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar.

4. Petugas memberikan latihan menaip surat rasmi.

5. Memberi bimbingan kepada pelajar menyiapkan latihan.

SESI 2 : RESUME

1. Taklimat ringkas berkenaan Resume.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume mengikut format yang ditetapkan.

3. Petugas berkongsi 'Tips' menghadiri temuduga.

4. Peserta membuat resume.

SESI 3 : KAD UCAPAN

1. Penerangan tentang penggunaan ICT dan taklimat KDB.

2. Penerangan tentang penggunaan Micorosoft Office Word.

3. Latihan diberikan - Membuat kad ucapan.

4. Sesi soal jawab.

5. Bersurai.

Gambar di sini