Tarikh : 11.2.2022
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan : 

Tujuan pelajar ini menghadiri temudaga tersebut adalah untuk menjadi pengacara debat inovasi peringkat antarabangsa yang akan mewakili Malaysia ke luar negara.

Aktiviti :

1. Petugas menyediakan kemudahan dan kelengkapan kepada pelajar.

2. Guru mengambil kedatangan murid secara atas talian.

3. Sesi memperkenalkan diri antara pelajar dan juri.

4. Pelajar membentangkan slide yang telah disediakan dan menceritakan pengalaman sepanjang memasuki program inovasi di sekolah.

5. Juri memberikan komen terhadap pembentangan yang telah dijalankan.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 10.2.2022
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Tujuan PEDi memberi bantuan kepada komuniti tersebut adalah untuk memudahkan urusan komuniti bergerak ke mana-mana dengan mudah dengan memaparkan sijil vaksin digital. 

Aktiviti:

1. Komuniti menjelaskan masalah yang dihadapi.

2. Petugas meminta telefon bimbit komuniti untuk mengenalpasti masalah dan menghubungi pihak berwajib.

3. Bersoal jawab antara petugas dan komuniti.

4. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 9.2.2022
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi galakkan kepada golongan belia setempat menjadi lebih celik IT supaya komuniti luar bandar tidak ketinggalan di dalam arus kemodenan teknologi pada masa kini. 

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan ICT.

2. Taklimat ringkas berkenaan ICT.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta.

4. Petugas memberikan latihan menaip.

5. Sesi soal jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 9.2.2022
Masa : 5.00 petang - 5.15 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Tujuan sijil asas komputer ini diberikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang telah mengikuti kelas komputer dan sudah mahir menggunakan komputer.

Aktiviti:

1. Petugas menyediakan sijil asas komputer.

2. Petugas memberikan sijil kepada peserta.

3. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 9.2.2022
Masa : 12.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan : 

Tujuan PEDi memberi bimbingan kepada komuniti menggunakan aplikasi i-akaun KWSP melalui telefon bimbit adalah untuk memudahkan urusan komuniti secara atas talian, cepat, menjimatkan masa dan kos ringgit untuk ke cawangan KWSP.

Aktiviti :

1. Komuniti memuat turun aplikasi i-akaun menggunakan telefon bimbit.

2. Petugas memberikan bantuan cara menggunakan aplikasi i-akaun KWSP.

3. Soal jawab bersama komuniti.

4. Bersurai.

Gambar di sini