Tarikh | : 23.4.2024 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : SK Lanai, Parit Panjang |
Peserta | : Terbuka |
Tujuan:
Memperkenalkan kefungsian NADI kepada komuniti setempat di samping menerapkan kesedaran tentang keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai pengguna di media sosial. Selain itu objektif pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi berliterasikan digital yang berupaya menyelesaikan secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.
Aktiviti NADI:
1. Pengenalan kepada NADI dan kefungsian
2. E-Learning : Mewarna Online, Jigsaw Puzzle, Mix And Match
3. Kuiz Matematik
4. Rubik Challenge
5. Colourful Jenga Challenge
6. Lego Challenge
7. Softskill : Cipta Sampul Raya, Design Sampul Raya
8. KDB : Teka Bilangan Logo, Roda Impian
Aktiviti SK Lanai:
1. Majlis Perasmian Sambutan Hari Raya Aidilfitri
2. Persembahan Murid Dan Jamuan
Tarikh | : 13.4.2024 - 15.4.2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 12 orang |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengajar para peserta kaedah mudah membuat resume serta menyediakan slide pembentangan dengan menggunakan aplikasi CANVA.
Aktiviti :
SESI 1 : RESUME SAYA (13/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Resume dan Aplikasi CANVA.
2. Memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA serta menaip resume dengan betul.
3. Latihan diberikan kepada peserta.
SESI 2 : RESUME SAYA (14/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Resume dan Aplikasi CANVA.
2. Memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA serta menaip resume dengan betul.
3. Latihan diberikan kepada peserta.
SESI 3 : RESUME SAYA (15/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Resume dan Aplikasi CANVA.
2. Memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA serta menaip resume dengan betul.
3. Latihan diberikan kepada peserta.
SESI 4 : MY CHECKLIST (13/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.
2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA.
3. Latihan diberikan untuk membuat senarai semak dengan menggunakan aplikasi CANVA.
SESI 5 : MY CHECKLIST (15/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.
2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA.
3. Latihan diberikan untuk membuat senarai semak dengan menggunakan aplikasi CANVA.
SESI 6 : MY CHECKLIST (16/4/2024)
1. Taklimat ringkas berkenaan Aplikasi CANVA.
2. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi CANVA.
3. Latihan diberikan untuk membuat senarai semak dengan menggunakan aplikasi CANVA.
Tarikh | : 6.4.2024 - 7.4.2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan:
Fungsi Microsoft Office Power Point adalah memudahkan pembuatan presentasi dalam bentuk slide yang menarik dengan adanya audio, video, gambar, transisi dan animasi serta template yang memudahkan kita pada masa kini.
Aktiviti:
SESI 1 : MEREKA CIPTA POSTER
1. Peserta diberikan tugasan untuk mereka cipta poster bertemakan "Selamat Hari Raya" mengikut kreativiti masing-masing.
SESI 2 : MEREKA CIPTA POSTER
1. Peserta diberikan tugasan untuk mereka cipta poster bertemakan "Back To School" mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh | : 8.4.2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan:
Dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan peserta. Selain itu, meningkatkan kemahiran afektif peserta seperti pentingnya ketelitian,sistematik, dan kesempurnaan setiap tugasan. Lantaran itu, tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran manipulasi antara otot tangan (psikomotor), koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti:
1. Petugas menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
2. Petugas memberi tunjuk ajar cara pembuatan key chain dan kerongsang DIY.
3. Peserta membuat key chain dan kerongsang.
4. Bersurai.
Tarikh | : 5.4.2024 |
Masa | : 5.00 petang - 8.30 malam |
Lokasi | : Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim/Miskin Ummu Sabariah |
Peserta | : 51 orang |
Tujuan:
Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan dan perlindungan di internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul serta berkongsi secara berlebihan lebih-lebih lagi maklumat dan data peribadi, ia boleh mengancam keselamatan pengguna. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan internet secara positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran internet yang selamat dan memberikan manfaat kepada orang ramai.
Aktiviti:
1. Taklimat Klik Dengan Bijak daripada wakil MCMC Kedah.
2. Sesi soal jawab.
3. Persembahan Qasidah daripada anak-anak yatim Ummu Sabariah.
4. Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib.
5. Bersurai.