CELIK IT NURUL AMIRAH BINTI MOHAMAD NIZAM

Nama : Nurul Amirah Binti Mohamad Nizam
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Amirah telah mendaftar sebagai ahli NADI Taman Cengal Emas bersama rakan-rakannya yang lain. Tujuan utama Amirah dan rakan-rakan mendaftar sebagai ahli adalah untuk mempelajari asas komputer Microsoft Office dan aplikasi CANVA sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak. Selain itu, mereka ingin merebut peluang untuk menggunakan kemudahan yang tersedia di NADI seperti menggunakan PC dan tablet, membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di ruang NADI yang selesa serta dapat meminta bantuan petugas mengenai kerja sekolah atau kerja kursus mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office serta tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Office Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga sangat yakin ketika membentangkan slide yang telah dibuat olehnya. Beliau juga semakin mahir menggunakan aplikasi CANVA dan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna.

CELIK IT NURUL NAJWA BINTI MOHD SUHAIMI

Nama : Nurul Najwa Binti Mohd Suhaimi
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Najwa berusia 16 tahun merupakan seorang pelajar tingkatan 4 di SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mempelajari ilmu asas komputer bersama rakan-rakannya yang lain. Najwa mula mengenali NADI melalui jiran-jiranya yang merupakan pelanggan tetap NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan penggunaan komputer lebih-lebih lagi komponen Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setiap kali mula memasuki kelas, Najwa sudah tahu cara untuk menghidupkan PC dan memasukkan user ID beliau tanpa bimbingan petugas. Beliau dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik. Di samping itu, Najwa juga turut membantu rakan-rakannya yang lain jika mereka memerlukan bantuan berkaitan tugas yang diberikan. Akhir sekali, Najwa dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin serta terdapat banyak peningkatan positif dalam dirinya. 

USAHAWAN AZIZAIMI BIN AZALI 

Nama : Azizaimi Bin Azali
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Azizaimi merupakan seorang peniaga Pasar Tani. Beliau menjual pelbagai jenis sayur-sayuran serta buah-buahan kampung seperti petai, jering, buah rambai dan sebagainya. Beliau telah berkecimpung di dalam dunia perniagaan selama lebih kurang 20 tahun bersama isteri dan anak-anak mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan komputer dan aplikasi Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Azizaimi telah menyertai kelas asas komputer serta kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh PEDi Taman Cengal Emas. Sebelum ini, beliau banyak menumpukan perniagaan secara offline di mana beliau hanya menjual di pasar-pasar tani yang beliau masuki sahaja. Setelah menyertai kelas bersama PEDi Taman Cengal Emas, sayur-sayuran dan buah-buahan beliau telah dijual secara meluas dengan menggunakan platform online. Selain itu juga, beliau telah menjadi Amway Business Owner (ABO) bersama isteri beliau di mana beliau telah menerima anugerah top seller untuk jualan beliau.

CELIK IT MUHAMMAD HARIZ BIN HASNAN

Nama : Muhammad Hariz Bin Hasnan
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Hariz telah didaftarkan oleh ibunya untuk menyertai kelas asas komputer di PEDi Taman Cengal Emas. Beliau merupakan seorang yang pendiam dan pemalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di PEDi Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga semakin banyak berbicara dan mula ramah dengan petugas dan rakan-rakan kelasnya yang lain. Beliau juga sangat yakin ketika membentangkan slide yang telah dibuat olehnya. Beliau telah mendaftar kelas advance bersama PEDi Taman Cengal Emas untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang penggunaan komputer.

USAHAWAN NORAZILA BINTI MOHD SHAMSUDDIN 

Nama : Norazila Binti Mohd Shamsuddin
Umur : 39 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Norazila merupakan usahawan kecil yang berniaga ulam-ulaman, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran di sekitar Parit Panjang. Beliau juga merupakan ABO (Amway Business Owner) yang sangat aktif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau agak kurang serta menghadapi kesukaran untuk membuat bahan pemasaran perniagaan walaupun dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau semakin meningkat di mana petugas membantu mempromosikan produk jualan beliau di media sosial. Selain itu juga, petugas membantu beliau untuk membuat bahan pemasaran sendiri dengan menggunakan aplikasi CAPCUT.