CELIK IT MUHAMMAD ASLAM THAQIF

Nama : Muhammad Aslam Thaqif
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Aslam telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah sebagai persediaan sebelum beliau melanjutkan pelajarannya di IPTA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau merupakan seorang yang fokus dan cepat belajar walaupun baru mempelajarinya.

CELIK IT SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHAMMAD

Nama : Siti NurSyahirah Binti Mohammad
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Syahirah telah didaftarkan oleh ibunya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Beliau merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Tujuan utama ibunya mendaftarkan beliau sebagai ahli adalah sebagai persediaan sebelum beliau melanjutkan pelajarannya di IPTA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi Microsoft Power point kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga semakin banyak berbicara dan mula ramah dengan petugas dan rakan-rakan kelasnya yang lain. Beliau juga sangat yakin ketika membentangkan slide yang telah dibuat olehnya. Beliau telah mendaftar kelas advance bersama NADI Taman Cengal Emas untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang penggunaan komputer.

CELIK IT MUHAMMAD ILHAM NAUFAL BIN ZAMRI

Nama : Muhammad Ilham Naufal Bin Zamri
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Ilham telah didaftarkan oleh ibunya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama ibunya mendaftarkan Ilham adalah untuk memastikan Ilham tidak terlepas untuk mempelajari kelas ICT dengan lebih mendalam. Ilham telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan memerlukan bantuan petugas sepenuhnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna serta membantu rakannya menyiapkan tugasan.

CELIK IT NUR ILLYANA BINTI HAMZAH

Nama : Nur Illyana Binti Hamzah
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Illyana atau lebih dikenali sebagai Yana telah mendaftar sebagai ahli NADI Taman Cengal Emas bersama rakan-rakan kelasnya. Tujuan utama Yana mendaftarkan diri adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Yana telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office serta tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office serta CANVA. Beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna. Di samping itu, beliau juga melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru Sejarah dengan menggunakan aplikasi CANVA dan mendapat pujian atas tugasannya.

CELIK IT NURUL ADAWIYAH BINTI AZMI

Nama : Nurul Adawiyah Binti Azmi
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Adawiyah atau lebih dikenali sebagai Yaya telah didaftarkan oleh bapanya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama bapanya mendaftarkan Yaya adalah untuk memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya sebelum sesi persekolahan 2024 bermula. Yaya telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office serta tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna.