CELIK IT FAIZATUL AKMAM BINTI ABDULLAH

 

Nama : Faizatul Akmam Binti Abdullah
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Faizatul Akmam berusia 26 tahun merupakan seorang guru KAFA. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mengasah lagi kemahirannya menggunakan komputer serta mempelajari Microsoft Office serta aplikasi CANVA dengan lebih mendalam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Excel dan juga CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Faizatul Akmam semakin mahir menggunakan aplikasi komputer Microsoft Excel dan CANVA. Tujuan beliau belajar aplikasi Microsoft Excel adalah untuk merekod markah, profil murid dan persediaan bahan bantu mengajar supaya kemas dan teratur.

CELIK IT AZRA NAZIRA BINTI AMIR NURDIN

 

Nama : Azra Nazira Binti Amir Nurdin
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Azra Nazira berusia 15 tahun merupakan pelajar SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi bersama rakan-rakannya yang lain. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan Microsoft Word sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS selepas tamat persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Azra Nazira tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan tidak tahu teknik untuk memberi ucapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Azra Nazira untuk menggunakan aplikasi power point dan word. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan Microsoft Power Point. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat dengan baik dan profesional.

CELIK IT NURUL SUBHIYAH BINTI AZHAR

 

Nama : Nurul Subhiyah Binti Azhar
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nurul Subhiyah berusia 15 tahun dan masih lagi bersekolah di SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Subhiyah tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nurul Subhiyah untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik menggunakan aplikasi CANVA.

CELIK IT NURUL IMAN IZZATI BINTI IKHMALHISAM

 

Nama : Nurul Iman Izzati Binti Ikhmalhisam
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nurul Iman Izzati berusia 15 tahun merupakan pelajar SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan aplikasi CANVA sebagai persediaan untuk melajutkan pelajaran ke IPTA/IPTS selepas tamat persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Iman Izzati tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan tidak tahu teknik untuk memberi ucapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Nurul Iman Izzati untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan aplikasi CANVA. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat dengan baik dan profesional.

USAHAWAN NOOR ATIKAH BINTI AZALI 

Nama :Noor Atikah binti Azali 
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Noor Atikah merupakan usahawan kecil yang berniaga makanan di sekitar Parit Panjang. Beliau adalah peniaga di bawah naungan Amanah ikhtiar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau agak kurang serta menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman untuk perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau semakin meningkat di mana petugas membantu mempromosikan produk jualan beliau di media sosial. Selain itu juga, petugas membantu beliau untuk mendapatkan pinjaman daripada TEKUN untuk membesarkan perniagaan beliau.